expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Q & A TENTANG CHANGE

Q & A (SOAL & JAWAB) TENTANG "CHANGE"

1) APAKAH ITU CHANGE?
Change ialah pengganti gula yang dihasilkan dari Monk Fruit yang membantu anda menjalani kehidupan sihat.

2) ADAKAH CHANGE INI SEPERTI STEVIA?
Terdapat banyak jenis gula antaranya glukosa, fruktosa, galaktosa, sukrosa dan pelbagai lagi.

Gula yang boleh diambil untuk menggantikan gula putih dan tidak mengganggu insulin dalam badan jika diambil dalam makanan atau minuman ialah:

a. Stevia
b. Buah Monk
c. Erythol
d. Xylithol

Jadi Change mengandungi Buah Monk + Erythol dan bukannya Stevia.

3) CHANGE DALAM BENTUK CECAIR KE KOTAK?
"Change dalam bentuk powder dalam botol seperti botol "Bedak Gula". Saiznya muat dalam poket, beg tangan dan mudah dibawa ke mana-mana.

4) CHANGE TAHAN BERAPA LAMA UNTUK DIGUNAKAN?

Bergantung pada penggunaan. Kalau untuk bancuhan teh, kira-kira 200-300 cawan teh.

5) ADAKAH RASA CHANGE SEPERTI STEVIA ATAU ERYTHOL, XYLITHOL ATAU MONK FRUIT SELEPAS "AFTERTASTE?
Tiada satu pun gula diatas yang tiada rasa "aftertaste", semua ada rasa manis cuma kalau nak banding gula tersedap, jawapannya sudah tentu gula putih yang diyakini boleh menjejaskan kesihatan manusia.